Saturday, July 30, 2011

Ekstra LOL - Malaysia vs. Singapore 2014 World Cup Qualifying #2

Kelmarin aku ada post pasal wikipedia singapura yang di edit. Hari ni, ada lagi satu yang pedajjal negara singapura ni. Just sebab bola. Macam-macam sanggup buat. This one, satu laman web kereta popular kat singapura di hack dengan diorang letak gambar Safee Sali, tugu negara and backgroup ada lagu Ultras Malaya.

Friday, July 29, 2011

Ekstra LOL - Comparison yang sumpah LOL.

HAHAHAHA....before korang tengok gambar-gambar yang bakal buat korang gelak sampai jadi cenoneng aku nak mintak maaf kepada sesiapa yang butthurt. Aku risau jugak nak letak gambar-gambar yang bakal jadi tatapan korang nanti. Tapi what to do?. Blogging beri kebebasan untuk aku cakap and post apa-apa je.

Thursday, July 28, 2011

Ekstra LOL - Malaysia vs. Singapore 2014 World Cup Qualifying

Semalam mesti ramai yang duduk mengadap tv sebab nak tengok bola an. Same goes to me yang dengan penuh harapan dan cita-cita nak tengok Malaysia kasi hentam sama itu singa since singapura dah skor masa game dekat Jalan Besar, Singapura 23 julai hari tu. Tapi nasib still tak menyebelahi skuad harimau malaya kali ni sebab just draw dengan singapura 1-1 and aggregate malaysia 4-6 singapura.

Secara keseluruhan game malam semalam memang agak menghampakan la jugak. Bukan squad malaysia, tapi squad singapura yang main macam hampeh. Based apa yang aku tengok secara live and komen-komen member-member lain memang singapura banyak buat lakonan. Jatuh la. Padahal tak kena apa-apa pun. Goolkeaper tiba-tiba cakap sakit kat kepala lah. Sampai Safee Sali pun bengang.

So komen aku pasal game semalam singapura memang banyak berlakon sebab aku tengok dari awal sampai habis and aku pun NAIK BENGANG..

Sekarang mai aku nak habaq satu story yang tak boleh blah happened dekat laman sumber ilmu dalam internet ni ha. Korang tengok lah sendiri. Sapo punya kerja pun aku tak tahu la. Tapi bagi aku benda tu betul kot. #LOL





















sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Singapura

Ekstra Cool - Lagu masa kecik-kecik dulu di acapella kan.

Ini best bro. Seriously. Kalau dulu lagu ni selalu nyanyi kat sekolah-sekolah, and tadika. Tapi aku rasa lagu ni tersangatlah popular masa dulu-dulu je. Budak-budak sekarang dah tak main dah nak nyanyi lagu ni. Senang-senang je diorang cakap "ala, oldskol gile nyanyi lagu-lagu camtu". Sekarang ni budak-budak layan lagu angry bird. Even adik aku yang baru darjah 2 layan lagu Bruno Mars-Lazy song. Padahal bukan paham pun maksud lagu tu.

This video might remaind you guys masa dulu-dulu especially budak kampung macam aku ni. Tau lagu-lagu macam ni je la. But this new version memang superbbb~~..

Wednesday, July 27, 2011

Ekstra Genius - Rumah paling nipis didunia.

Semua orang impikan nak duduk rumah yang besar and of course selesa. Tapi bagi orang bujang macam aku ni, rumah kecik lagi selesa and senang nak jaga. Thanks to Jakub Szczęsny sebab berjaya mencipta rumah paling nipis didunia dengan lebar just 4 kaki.


Idea nak buat rumah paling nipis ni start bila Jakub Szczęsny nampak satu gap between dua bangunan dekat Warsaw, Poland and dia rasa something yang unik boleh dibuat pada gap yang kecik yang amat tu. Then he come out with the idea nak buat rumah yang paling nipis which is boleh muat dekat gap tu je.


Rumah ni seriously, super-awesome. Design dia yang simple. Planning diorang nak buat rumah ni just gune kayu and the most interesting part ialah tangga. Tangga rumah ni boleh dikawal dengan remote control. And tangga ni boleh diturun and di naikkan. Bila nak keluar tekan remote control then tangga akan turun or oterwise tangga tu akan flattened and terlipat keatas.










Setakat ni rumah ni just dapat permit pembinaan sebagai art sahaja. Sebab tak dapat kelayakan sebagai rumah kediaman. Pembinaan rumah ni start September ni.

Tuesday, July 26, 2011

Ekstra Cool - Kamar beradu didasar laut di Maldives

Conrad Maldives Rangali Island membuka satu restaurant di dasar laut pada 5 tahun dahulu. Sempena menyambut ulangtahun pembukaan hotel tersebut pada baru-baru ini, Conrad Maldives Rangali Island telah mengubahsuai 12-seat restaurant tersebut menjadi satu private bedroom suite complete dengan champange dinner and breakfast in bed.





























Maldives Hotel ini turut ada 50 villa mewah atas dari paras laut, 79 exotic beach villas, and 21 spa water villas.














Tetiba rasa nanti bila dah kahwin nak honeymoon kat sini. ;)

Ekstra Cool - Cara kapal yang baru siap di-launch ke laut

Ekstra Cool - Lukisan menggunakan pasir di tepi pantai

Typical things yang most of us and especially yang tengah bercinta buat bila pegi pantai ialah lukis nama atas pasir dengan huruf-huruf yang comey tomey. Tapi tu bukanlah typical things yang Jamie Wrdley buat bila tiap kali dia pegi pantai. Lukisan yang super-awesome ni dia lukis masa air tengah surut and dia ada masa dalam 6 jam untuk siapkan lukisan dia. Sebab after 6 hours, air pasang balik. Pantai di utara England and Scotland jadi pilihan beliau. kat bawah ni a few lukisan dia yang super-awesomeeee.....














































































































Monday, July 25, 2011

Ekstra Sucks - Train driver yang kantoi

Coryton Tunnel berhampiran Dawlish, Devon. sebuah kereta api yang dipandu dengan kelajuan 60mph atau 97kmh  tetapi pemandunya sedang membaca surat khabar. Cool pulak aku rasa. No. This totally sucks!. Even nampak dari jauh macam cool tapi kalau dah bawak kereta api penuh dengan passenger memang totally sucks namanya.

Thanks to Jim Hales yang berjaya snapped gambar pemandu ni yang tengah khusyuk baca surat khabar.
















































Pemandu kereta api ni dah ditahan dan digantung khidmatnya atas kesalahan memandu kereta api secara merbahaya. See. Bukan takat bawa kereta je yang ada kesalahan memandu secara merbahaya. Bawa kereta api pun ada.

Ekstra Cool - Hidupan 130 kaki bawah paras laut di Russian Arctic.

130 kaki atau 39 meter dari paras laut. For sure keadaan pada kedalaman tu dah cukup mengerikan. Bukan setakat keadaan sahaja, tetapi suhu dan tekanan pada kedalaman tu cukup untuk memberi impak kepada kesihatan sesiapa yang turun pada kedalaman tu. Tapi macam mana pula dengan kehidupan kat kawasan tu?. Jenis-jenis kehidupan yang mampu adapt dengan keadaan yang bertekanan tinggi?.

Itu yang cuba dirungkai oleh Alexander Semenov dari Moscow. Dengan menggunakan teknik strobe light yang mana akan membalikkan cahaya apabila melalui satu-satu organisma atau solid particles, Semenov berjaya mendapatkan gambaran rupa cretures yang ada pada kedalaman 130 kaki di Russian Arctic.


Some of these pictures looks super-awesome. Creature yang memang rare and of course mustahil untuk kita jumpa di keliling kita.

There's might be some of you guys yang akan cakap 'ala, photoshop ni'. But seriously this is the actual picture yang Semenov dapat dari teknik Strobe light.

Even cantik. Tapi kalau ada orang suruh aku bela, aku tak nak. Nak bagi makan ape doh.. Haha

Sunday, July 24, 2011

Ekstra Sucks - Haiwan peliharaan paling HARAM.

Kucing, ikan, anjing(boleh tahan haram), sugar glidder. Binatang-binatang yang biasa kita dengar bagi orang yang layan Animal Planet untuk pelihara. Tapi this one family dekat Lecco, Italy memilih HOG atau dalam bahasa kasarnya BABI untuk jadi haiwan peliharaan diorang. Dah macam tak ada haiwan sangat lah diorang ni.



























ada bran bela babi hutan. aku nak tengok sekor-sekor kena sodok.
Binatang haram ni yang diberi nama Cesira diselamatkan dari dibunuh untuk dijadikan santapan. Dek kerana saiz nya yang kecik masa first time family ni jumap diorang pun amik untuk dijadikan haiwan peliharaan.


































Kat atas ni gambar masa Cesira ni kecik lagi and yang paling atas tu the latest gambar Cesira. Sekarang ni berat Cesira dah mencapai 89 KG!. Lagi berat dari aku tu. Makanan favourite Cesira ialah sayur, buah, BISCUITS, SWEETS, and ICE-CREAM. What the f*^k!. Babi Cesira ni dulu manusia kena sumpah jadi hog ke?.
























Since Cesira ni selalu duduk dalam rumah, so dia dah terlatih and dah adapt dengan keadaan rumah.

Ekstra Sucks - Orang tamak selalu menyesal.

23 troli full with crisps and drinks worth up to 3,338 pound. Bila sampai dekat kaunter, bank kad declined. Sumpah sucks gila. Try to imagine that situation. Dengan trolleys hang dok beratur kat belakang sedar-sedar kad kena reject. Tu yang jadi di Marrisons store dekat Barry, South Wales.































 3 orang pekerja store tu tolong load up 22 troli shopper ni sebab shopper ni cakap barang-barang snack and alcohol ni untuk charity event. Bila dah tolak pegi counter, scan bagai, dah pack dah pun sekali bank kad kena reject.





















kalau aku malu gila kot. Sah-sah lepas tu aku rela kena langgar dengan trailer kat depar supermarket tu jugak.

Ekstra Health - Penyesalan Si Gemuk

Setiap orang suka makan.  Sepanjang aku hidup tak pernah lagi aku jumpa orang yang bagitau dia benci gila nak makan. Even ada penyakit yang orang tu nak diet, badan dah keding yang amat. Tapi dia still makan. But then muntahkan balik which is penyakit Anoreksia. Tapi post kali ni aku bukan nak cakap pasal penyakit anoreksia ni.

Satu kajian yang dijalankan selama 55 tahun di Britain mendapati bahawa adalah agak mustahil bagi orang yang dah obese which is gemuk untuk kembali kepada saiz asal mereka. Dalam 12 juta penduduk britain yang mengamalkan diet hanya 10 peratus yang berjaya. 90 peratus lagi kembali kepada saiz yang asal.

The National Survey of Health and Development mengikuti perkembangan 5,362 golongan lelaki dan perempuan yang lahir pada tahun 1946 and 20,000 orang ytang lahir pada tahun 1958. Rebecca Black Hardy, programme leader on body size melaporkan bahawa semua 25,362 orang yang dinilai mengalami pertambahan berat badan pada 1980-an.

Pertambahan berat badan bagi golongan lelaki menaik secara sekata bagi setiap tahun tetapi bagi golongan wanita berat badan meningkat pada tahap ketara semasa berumur 30-an.



So the best thing yang boleh buat bagi kedua-dua golongan lelaki dan perempuan ni just kawal pemakanan. Mostly lelaki tak amik port sangat pasal berat badan ni tapi bagi most of perempuan benda ni memang boleh buat diorang bunuh diri. Sesetengah laa. Tapi bagi aku most of people tak kira lelaki or perempuan nampak lebih menarik dalam keadaan kurus. Tapi bukan kurus yang melampau. 

Wednesday, July 20, 2011

Ekstra Cool - Cover iPhone realistik

Fenomena yang melanda pengguna-pengguna iPhone di Jepun sekarang cover yang ada dekat pasaran diorang yang superb tahap dewa. Dengan design yang realistik gila sesuai sangat dekat orang yang addicted kat makanan. Just tak boleh makan je. Otherwise kalo terbalikkan iphone je dah boleh meleleh air liur.
















































































AMARAN-dilarang menggunakan cover ni masa bulan puasa atau anda akan ditahan oleh JAIS.

Ekstra Sucks - Fake Apple store.

Interior design. Sebijik sebijon dengan kedai Mac. Jual pulak barang-barang Mac. Sekali lalu memang nampak macam kedai Mac. 2 kali lalu pun still nampak macam kedai Mac. Just orang yang betol-betol fanatik dengan gadjet-gadjet Mac and yang pernah kerja dekat kedai Mac je boleh perasan yang kedai satu ni totally FAKE. and..........kedai ni dekat negara yang palin tinggi tahap ketagihan meniru nya...China..


























Bukan setakat customer yang tertipu. even pekerja kat situ sendiri ada yang tak tahu yang kedai tu memang fake.